Perjalanan Saya 2019-03-25T06:19:01+00:00

Perjalanan Saya

Andainya saya boleh memohon satu permintaan, saya sangat berhasrat untuk menjauhkan para pelari daripada sebarang kecederaan buat selamanya. Kalaulah boleh…

Sepertimana pelari lain di Malaysia, saya memulakan aktiviti berlari ini untuk menjaga kesihatan disamping untuk mengurangkan berat badan, ketika awal tahun 2016 yang lalu.

Saya jatuh cinta dengan aktiviti larian, teruja melihat perkembangan diri sendiri sehinggalah pada satu masa masalah sakit lutut (patellar tendonitis) menimpa kaki kiri saya. Saya telah cuba hampir segalanya – kasut larian baru, senaman dengan penggelek berbusa (foam rolling), terapi ais, fisioterapi namun tiada pun yang berhasil. Saya malah turut berasa sangsi sekiranya berlari adalah sukan yang sesuai untuk saya.

Syukurlah saya terjumpa kelas teknik larian Sam Seow melalui Facebook dan saya memutuskan untuk mencubanya.

Dipendekkan cerita, dalam 6 minggu setelah kelas tamat, bukan sahaja saya dapat mencapai PB untuk larian 5k saya, malah masalah kecederaan lutut saya terus hilang dan tidak pernah muncul kembali.

Saya kagum serta mengakui bahawa gaya atau teknik larian memainkan peranan yang sangat penting kepada semua olahragawan. Tidak lama kemudian saya diberi sijil perakuan sebagai seorang Pakar Gaya Teknik Larian di Taiwan.

Dengan pengalaman bertahun lamanya dalam menjalankan klinik bimbingan larian, acara-acara korporat, kelas, latihan perseorangan, Sam dan saya bersependapat bahawa Internet merupakan sebuah saluran yang bagus untuk berhubung dan membantu lebih ramai pelari untuk berlari lebih pantas, lebih jauh, dan bebas dari kecederaan. Begitulah kisah bermulanya Trainatic.

Terence Lim, Pengasas Bersama.

BAGAIMANA KAMI MAMPU MEMBANTU ANDA BERLARI LEBIH PANTAS, LEBIH MUDAH DAN LEBIH JAUH

Pilih perkhidmatan dibawah yang bersesuaian dengan keperluan anda. Daripada analisis gaya larian anda sehinggalah kepada pelan latihan tersendiri yang mengisi keperluan dan juga bajet anda.
Kami berasa sangat gembira untuk bekerja bersama dengan anda!

Find Out More
Find Out More

Individu

Sam Seow, Coach, Co-founder

  • Pose Method Level 1 (Running Technique Specialist)
  • Pose Method Level 2 (Training in Distance Running)
  • IAAF Level 1
  • Garmin Running Coach
  • Distance Running Coach – VDOT O2
  • Certified Group Personal Training
  • Certified Personal Trainer

Sam sering berlari di bandar-bandar yang cantik sambil melancong. Sering menghabiskan masanya melatih atlet dan juga membaca.

Terence Lim, Co-founder

  • Running Technique Specialist – Pose Method
  • Garmin Running Coach
  • Myofascial Release Foam Roller – Fitour
  • CPR (Basic Life Support)

Dari PJ, Terence Lim menggemari larian pecut mendaki bukit dan berlari didalam panas dan hujan. Juga merupakan seorang Ahli Strategi SEO serta peminat kucing.